Pernah diberitahu oleh doktor bahawa dia hanya mempunyai masa setahun, Kini Elyana Derita Kanser Selama 7 Tahun


Pernah diberitahu oleh doktor bahawa dia hanya mempunyai masa setahun untuk hidup kerana menghidap kanser, perkara itu bagaimanapun tidak membuatkan Elyana terus murung sebaliknya menjadikan penyanyi ini lebih kental.

“Saya tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada peminat, oleh itu secara spontan saya membuat pengumuman mengenai kanser yang saya hidapi. Sudah tujuh tahun saya berjuang dengan kanser Limfoma dan sekarang hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar”

“Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain,” jelasnya kepada BH Online.

Selain mengakui fobia untuk tidur pada sebelah malam kerana takut tidak dapat berjumpa dengan anaknya lagi, Elyana dalam masa yang sama turut mengingatkan perkara tersebut kepada anak perempuannya.

Selain itu, Elyana turut menjelaskan bahawa dia mengetahui ada pihak yang menyatakan bahawa dia sombong kerana menolak untuk melakukan persembahan.

“Saya tahu ada yang kata saya sombong tolak persembahan semua, sedangkan badan saya ketika itu sedang mengembang dan rambut gugur. Doktor beritahu saya ketika itu saya hanya ada setahun untuk hidup”

“Saya nekad berhenti kimo dan cabar diri saya untuk berjuang. Syukur umur saya panjang sampai hari ini,” kongsinya lagi. Sama-sama doakan yang terbaik buat Elyana.

ELYANA TERSINGKIR, UMUM HIDAP KANSER


KUALA LUMPUR: Perjuangan penyanyi Elyana di pentas Gegar Vaganza musim keempat (GV4) terhenti apabila diumumkan tersingkir dalam pertandingan itu yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini, Ahad.

Pada konsert minggu kelima ini, Elyana menyanyikan lagu Sepi , dendangan asal penyanyi Yuni Shara yang mendapat markah terendah daripada juri profesional.

Ia menampilkan Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap manakala Datuk M.Nasir tampil sebagai juri jemputan.

“Lagu yang diberi agak mencabar, semasa menyanyikan lagu bernada tinggi kamu sangat bagus, tapi bila nada rendah agak flat dan mendatar,” kata Hetty.

Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi pemarkahan juri.


Elyana turut mengumumkan dia penghidap penyakit kanser. FOTO: Instagram Gegar Vaganza Official

Minggu ini bertemakan ‘kaum kerabat’  di mana setiap bintang GV4 diberi cabaran menyanyikan lagu penyanyi yang mempunyai pertalian persaudaraan sesama artis dalam industri.

Meskipun tersingkir, Elyana pulang tanpa tangan kosong apabila memenangi Anugerah Gelora Vida Vaganza.

Dalam pada itu ketika membuat ucapan, Elyana turut memaklumkan dia penghidap kanser pada peringkat empat dan meminta individu lain yang mempunyai penyakit sama agar terus kuat menempuh ujian itu.

Artis yang mara ke minggu hadapan ialah Aqasha, Firman, Hazami, Lan, Tia (Jinbara), Aishah, Liza Hanim dan Syura.

Gegar Vaganza 4 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Juara Gegar Vaganza musim keempat ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara.

Tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Sekumpulan gorila mendekati lelaki ini dan mula bermain rambut serta menciumnya. Lihat reaksi wajahnya yang takut itu


Berhadapan dengan hidupan liar adalah satu tindakan yang berisiko tinggi. Memandangkan tingkah laku haiwan liar ini tidak boleh dijangka, silap hari bulan nyawa anda boleh melayang.

Seorang pelancong berpeluang merasai pengalaman sekali seumur hidup sewaktu menziarahi Uganda. Ternyata lelaki ini mempunyai keberanian yang tinggi ketika berhadapan dengan sekumpulan anak gorila yang mempunyai saiz hampir separuh daripada saiz lelaki itu.


Dalam video tersebut, lelaki berkenaan dilihat sedang duduk di atas tanah dan tiba-tiba dihadiri oleh sekumpulan anak gorila. Beberapa detik kemudian, seekor gorila dewasa yang sangat besar pula muncul.

Jika anda yang berada di situasi lelaki berkenaan, apa yang akan anda lakukan?

Lelaki ini nampaknya mengambil kesempatan tersebut untuk merasai pengalaman yang amat menakjubkan ini. Walau bagaimanapun, anda juga pasti perasan bahawa dia kelihatan sedikit cemas dan gementar semasa dikelilingi oleh haiwan-haiwan liar itu.


Walaupun dia kelihatan mengukir senyuman, dia sebenarnya sangat takut jika gorila ini akan bertindak ganas secara tiba-tiba.

Haiwan-haiwan itu kelihatan tenang berada di samping lelaki berkenaan. Ada yang bermain-main dengan rambutnya, berdiri dekat di sebelahnya, menciumnya dan macam-macam lagi.

Akhirnya apabila gorila dewasa berkenaan memulakan langkah dan beredar daripada kawasan tersebut, kesemua anak-anak gorila turut mengikutinya lalu meninggalkan lelaki ini sendirian.


Barulah anda dapat lihat wajah lega lelaki berkenaan. Sememangnya satu pengalaman yang tidak terungkap.

Sumber: Happiest


Para ibu, anda tidak perlu khuatir untuk meninggalkan anak kecil bersama ayah mereka kerana mereka juga boleh menjaga anak kecil dengan ‘baik’!


Pengalaman membesarkan anak kecil pastinya memberikan sejuta satu kenangan indah buat ibu bapa. Gelagat semula jadi mereka yang lucu dan comel pasti membuatkan hari-hari anda lebih bahagia. Anak kecil sememangnya punya kerenah dan idea keanak-anakan yang pasti akan menguji kesabaran anda.

Bagi para ibu semua itu adalah sesuatu yang sangat manis bahkan mereka tiada masalah untuk melayan setiap kerenah mereka. Tetapi bagaimana pula jika anak-anak kecil ini ditinggalkan sendirian bersama ayah mereka?

Buat para ibu di luar sana anda mungkin boleh berhenti khuatir akan anak anda untuk ditinggalkan bersama mereka. Hal ini kerana para bapa sebenarnya punya cara yang kreatif untuk melayan kesemua kehendak anak-anak mereka!

#1 Apabila anak-anak perempuan anda punya rancangan tetapi ibu mereka tidak dapat menyertai mereka…


#2 Bayi anda hanya mahukan susu badan? Kini anda juga boleh ‘menghasilkan’ susu badan buat si kecil!


#3 Tidak mahu anak kecil anda ketinggalan untuk meraikan Halloween?


#4 Siapa kata kamu perlu menjadi dewasa untuk mendapatkan otot idaman dan six packs?


#6 Bila ke gim tetapi ruangan khas untuk kanak-kanak ditutup…


#7 Masing-masing memerlukan ruang sendiri…


#8 Tiada idea untuk Halloween? Jangan risau anda juga boleh mencuba kostum ini!


#9 Kamu kini bebas untuk menconteng di mana sahaja, keseluruhan kawasan adalah milik kamu!


#10 Kini tiada lagi yang akan bergaduh sesama sendiri!


#11 Antara ‘fungsi’ anak kecil yang ramai tidak tahu…


#12 Perlu lakukan kerja-kerja di ladang tetapi tiada siapa yang boleh menjaga anak kecil? say no more…



Kenali Pelajar Genius Dari Malaysia Ini, Dapat Tajaan Biasiswa Paling Berprestij di Dunia


Bagaikan kerdipan bintang yang tak pernah padam, kejayaan anak muda Malaysia di mata dunia amatlah membanggakan negara. Sama ada daripada segi bantuan kemanusiaan ataupun pendidikan, kehebatan anak muda kita zaman sekarang tidak boleh disangkal lagi.

Hal ini disokong dengan berita kejayaan seorang pelajar dari Malaysia yang mula menjadi sebutan ramai. Baru-baru ini, nama Adnan Zikri Jaafar menjadi topik perbualan hangat netizen di platform media sosial.

Menurut NST, beliau yang merupakan pelajar jurusan kewangan dan pengajian antarabangsa telah mengharumkan nama negara dengan menjadi penerima Biasiswa Rhodes, biasiswa paling berprestij dunia.


Berikut kami senaraikan sedikit profil dan kejayaan yang telah dikecapi Adnan buat inspirasi anak muda Malaysia di luar sana:

1. Bekas pelajar Kolej Tuanku Jaafar 


Adnan dikenali sebagai seorang pelajar yang pintar dan merupakan bekas alumni Kolej Tunku Jaafar yang dikenali sebagai antara sekolah antarabangsa yang mempunyai reputasi terbaik.

 2. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Pennsylvania (Penn)


Selesai persekolahan, Adnan kemudian menyambung pengajian ijazah sarjana muda di Penn menerusi program Huntsman dalam bidang Pengajian Antarabangsa dalam Perniagaan yang ditawarkan Fakulti Seni dan Sains serta Wharton School yang memang berprestij.

Antara jurusan yang menjadi pilihannya ialah kewangan, statistik dan pengajian antarabangsa dengan minor dalam matematik, ekonomi dan falsafah. Wow hebat! 

3. Punyai rekod kokurikulum yang baik


Tidak hanya cemerlang dalam bidang akademik, Adnan juga mempunyai rekod kokurikulum yang baik. Dia telah menjadi felo Pengajian dan Perkhidmatan Fox dan siswa bagi penyelidikan Wharton.

Malah pada musim panas lalu, Adnan juga telah meluangkan masa untuk menjalani pengajian tentang zakat dan kaedah alternatif untuk menambahbaik cara pengagihannya di Malaysia. Tak sia-sia anak muda ini belajar hingga ke US.

 4. Pernah menjadi sukarelawan pelarian dan duta program kebajikan


Tidak hanya mengisi masa lapangnya dengannya hal berkaitan universiti semata-mata, Adnan menceburkan diri dalam menjadi sukarelawan untuk pasukan petugas organisasi bukan kerajaan yang fokus kepada kebajikan pelarian di Philadelphia. Dia juga turut serta dalam membantu sekolah kanak-kanak pelarian Syria di Irbid, Jordan.

5. Kini menyambung pengajian peringkat tertiari di Oxford


Berkat kegigihan dan semangat yang dibawa Adnan, dia telah terpilih untuk menyambung pengajian peringkat tertiarinya di Oxford. Fokus pengajiannya lebih tertumpu kepada perantaraan sosial yang berlandaskan bukti dan penilaian polisi. Selain itu, dia juga menyambung ijazah sarjana dalam bidang ekonomi kewangan.

6. Mendapat pujian presiden Penn kerana menunjukkan pencapaian akademik dan moral yang cemerlang


Selain Adnan, Christopher D’Urso juga salah seorang penerima Biasiswa Rhodes. Menurut presiden Penn, Amy Guttman, mereka berdua telah menunjukkan pencapaian akademik dan moral yang cemerlang sepanjang pengajian mereka di universiti tersebut.

“Kedua-dua siswa Rhodes terbaru kami berkongsi semangat untuk penglibatan dalam kebajikan masyarakat, hak asasi manusia dan keadilan sosial. Fokus mereka merangkumi ciri-ciri terbaik para sarjana Penn yang sentiasa komited untuk mewujudkan perubahan yang mendalam pada dunia.

“Chris dan Adnan sangat berbakat, sering terlibat dalam pelbagai aktiviti dan komited dalam apa jua perkara. Mereka berhak mendapat pengiktirafan ini,” ucap Guttman di dalam laman web rasmi Penn.


Tahniah buat Adnan Zikri Jaafar kerana menjadi antara pelajar cemerlang di peringkat antarabangsa. Semoga kejayaan dan bakti yang dicurahkannya menjadi inspirasi buat generasi muda di Malaysia.

Pencuri cemerkap ternyata ‘hebat’ memecahkan pintu pagar rumah. Lihat apa yang berlaku kemudian lalu menggagalkan misinya….


Mungkin menjadi perkara yang amat malang apabila kita telah membelanjakan wang yang banyak untuk mempertahankan soal keselamatan di dalam rumah namun masih menemui kegagalan. Walaupun rumah telah dilengkapi kamera CCTV, pagar elektronik dengan sistem pengunci dan ciri keselamatan canggih, penggera keselamatan mahupun menggaji pengawal keselamatan, namun begitu ada juga sekumpulan pencuri atau perompak yang berjaya meloloskan diri.

Bagaimana pula, sekiranya pintu pagar yang menjadi benteng pertahanan utama bagi sesebuah rumah tidak berfungsi dengan baik? Adakah ia memberi kelebihan kepada para pencuri atau satu kelemahan kepada mereka?

Satu rakaman video dari CCTV sebuah rumah di Vietnam telah menjadi tular di Facebook apabila rakaman tersebut menunjukkan seorang lelaki yang tidak dikenali sedang cuba untuk memecahkan pintu pagar rumah tersebut yang besar dan berwarna putih.

Percubaan memecah masuk rumah itu mungkin akan memberi kesan dan beban yang meninggalkan pengajaran kepada lelaki ini untuk jangka masa yang lama.

Seorang pencuri sedang berusaha untuk memecah pintu pagar besi berwarna putih yang besar di Vietnam


Rakaman ini dimulakan dengan menunjukkan pintu pagar rumah tersebut yang besar dan berwarna putih dan dikunci dengan pengunci mangga. Seorang lelaki yang tidak dikenali dilihat telah datang ke pintu pagar tersebut sambil membawa tuil besi untuk memecah masuk rumah ini.

Pencuri licik ini kemudian cuba mencari jalan untuk menolak pagar ini bersama tuil besi dengan kakinya dari arah bawah tetapi telah gagal.

Pencuri ini cuba memecahkan pagar ini beberapa kali tetapi telah gagal lalu dia telah bertindak menolak dan menghentam pintu pagar tersebut dengan lebih kuat lagi. Cubaannya telah berjaya dan pintu pagar itu menjadi longgar dan hampir goyah. Peluang besar telah menanti dirinya yang disangka bernasib baik.

Tetapi, apabila pencuri ini mula sahaja untuk membuka pintu pagar tersebut, ia mulai jatuh dan rebah.


Apabila pencuri ini cuba membuka pintu pagar tersebut, insiden yang tidak disangka sudah berlaku, seakan tidak merestui niat jahatnya lalu telah menyebabkan dia berasa menyesal membuat keputusan untuk cuba memecah masuk rumah ini.

Pencuri ini tidak memikir yang dia mungkin akan ditangkap oleh tuan punya rumah atau di gigit dan diserang oleh anjing tuan rumah.

Atau yang paling tidak difikirkannya langsung, iaitu pintu pagar yang berat itu telah rebah lalu menghempap kepala dan keseluruhan badannya sehingga ke kakinya yang sangat berharga untuk memulakan pecutan larian mengejut.

Pagar itu dengan tidak semena telah rebah ke atas pencuri ini, lalu mengakibatkan kakinya mengalami kecederaan


Tiga unit dari pagar rumah tersebut telah jatuh dan rebah, menghempap ke badan dan kaki lelaki ini. Dengan panik, dia cuba untuk melarikan diri, dan mendapati kakinya telah patah. Apabila pencuri cemerkap ini cuba menarik dirinya dari pagar yang telah rebah tersebut, dia yang di dalam keadaan yang tercedera ini telah menggunakan tuil besi tadi sebagai tongkat lalu ‘membawa diri’ dari tempat kejadian.

Pencuri hebat yang telah berjaya melepaskan diri yang tercedera menggunakan tuil besi sebagai tongkat


Tuan rumah ini dilaporkan telah tiada di rumah ketika kejadian berlaku, tetapi anjingnya telah berjaya menakutkan pencuri itu lalu melarikan diri. Rumah ini terletak di bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam yang dirakamkan pada tahun 2016.

Seorang ibu dengan penyakit kemurungan melampau, tiba-tiba menerima ‘hadiah’ daripada ibu saudara yang telah mengubah kehidupan masa silamnya


Pada usia 17 tahun, kewujudan saya telah dikawal oleh kemurungan. Saya berasa seperti bangkai bernyawa yang telah kehilangan semua sinaran dalam kehidupan. Diri berasa kelam dan masa depan menjadi gelap dengan tidak dapat mencari jalan keluar, dan fikiran ini benar-benar telah menakutkan saya.

Saya selalu menyalahkan diri sendiri dengan mengatakan diri tidak berguna. Pada usia 17 tahun, sepatutnya seorang gadis remaja menjalani kehidupan dengan riang dan indah, tetapi saya telah terperangkap di dalam perangkap kesengsaraan dan berputus asa, sambil menanti kematian.

Zaman kanak-kanak yang huru-hara

Mengimbas kembali masa lampau, emosi saya telah menjadi tidak stabil bermula dari zaman kanak-kanak lagi. Semasa saya masi kecil lagi, saya telah dihantar untuk tinggal bersama dengan datuk dan nenek kerana ibu bapa saya terpaksa bekerja di wilayah yang jauh. Mereka akan melawat saya satu atau dua kali sahaja dalam setahun.

Walaupun datuk dan nenek amat menyayangi saya, saya tidak dapat menyembunyikan kesedihan kerana merindui dan kehilangan kasih sayang ibu bapa. Nenek saya berkata, semasa saya masih kecil, saya menangis dengan kerap kerana sangat merindui ibu bapa.

Semasa kanak-kanak, saya telah diambil semula oleh ibu bapa, tetapi saya tidak pernah berasa gembira dan selesa berada bersama keluarga sendiri seperti yang saya bayang dan idamkan. Saya selalu melihat ibu bapa bertengkar dan bergaduh serta bermasam muka di antara satu sama lain.

Saya telah dihantui pengalaman pahit kerana berada di tengah konflik antara mereka berdua. Lama kelamaan saya menjadi fobia. Apabila mereka mula bertengkar, saya akan berasa sakit di dalam perut. Saya berasa amat gementar dan tidak boleh berhenti dari memikirkan pertengkaran mereka.

Semasa saya berusia 12 tahun, kedua-dua ibu bapa saya akhirnya telah bercerai dan saya berasa sangat kecewa. Semasa saya berusia 15 tahun, saya mula mengalami insomnia dan masalah mental. Saya telah dibawa ke hospital sakit jiwa dan telah didiagnos dengan penyakit histeria dan paranoia. Saya telah diberi rawatan ubat-ubatan tetapi semuanya tidak berkesan.

Apabila kemurungan menguasai usia remajanya, Nguyen Thi Hang telah meminggirkan diri dari orang lain


Pada usia 17 tahun, masalah kemurungan telah mula menguasai diri. Saya akan duduk di satu sudut dan akan mengelak untuk bercakap dengan sesiapa. Episod kemurungan ini akan berlarutan selama berhari-hari dan lebih kerap sehingga boleh berlarutan selama 12 hari. Apabila penyakit ini sampai, saya akan hanya terbaring di katil dengan mata yang berlinangan air mata, sambil bersikap tidak mempedulikan segala-galanya dan menjadi terpaku dengan perasaan.

Saya tidak mahu melakukan apa-apa, walaupun saya boleh melakukan sesuatu. Saya membiarkan diri berada di dalam kegelapan tanpa mencari jalan keluar. Saya menyalahkan diri sendiri dan benar-benar mahu diri ini ditamatkan.

Menemui cinta yang membawa sinaran cahaya, tetapi tidak kekal lama

Saya menemui suami seperti yang telah ditakdirkan. Pada satu hari, saya telah kehilangan kad pengenalan dan beliau telah menjumpainya. Suami saya mengalami masa yang sukar untuk memulangkan kad pengenalan tersebut kepada saya. Pada kali pertama saya berkenalan dengannya, saya merasa beliau seorang yang baik dan stabil. Suami saya mempunyai pekerjaan yang baik, juga sangat baik hati dan bertimbangrasa.

Kami mula berjanji temu dan beliau telah melamar saya untuk menjadi isterinya. Walaupun saya dikatakan gadis tercantik di kampung, saya merasa terkejut bagaimana lelaki baik sepertinya mahu mengahwini saya. Dengan penyakit kemurungan saya yang teruk , saya selalu ditolak orang lain, baik oleh syarikat apabila saya memohon kerja, sebarang lelaki mahupun ahli keluarga saya sendiri.

Tetapi suami saya seorang yang sangat berbeza. Beliau tahu dengan penyakit kemurungan, saya tidak boleh hidup dengan kehidupan yang normal, tetapi beliau tetap mahu mengahwini saya. Dengan sokongan yang diberikan, ia telah memberi saya motivasi untuk melawan penyakit kemurungan ini.

Saya berfikir, suami saya adalah hadiah yang dikurniakan oleh Tuhan, sebagai pampasan kehidupan saya yang sengsara. Dengan lebih menyayanginya, saya bertekad untuk menjadi sihat serta menjadi isteri dan ibu yang baik. Namun, segalanya menjadi seperti lorong mimpi apabila penyakit kemurungan datang menyerang. Apabila ia datang, saya akan kehilangan tujuan dan kesedaran.

Saya akan menutup segala ruang dan menjadi tidak berperasaan. Sehingga apabila anak perempuan saya sedang menangis tanpa henti, saya berasa mahu menjauhkan diri dan tidak mahu bertindak atau berganjak.

Kemurungan telah membuat Nguyen Thi Hang kehilangan kehidupan, dengan tidak mampu melakukan kerja rumah yang mudah dan menjaga anak sendiri


Jika tidak kerana sokongan dan dorongan dari suami saya pada waktu itu, rasanya saya tidak wujud lagi di dunia ini. Walau bagaimanapun, dengan rasa syukur suami berada di sisi, saya tahu beliau tidak dapat memulihkan saya. Dan jalan penyelesaian ini akan didedahkan.

Satu titik permulaan

Pada satu hari, sedang saya mengalami episod kemurungan dengan teruk, ibu saudara saya telah datang melawat. Semasa kami sedang berbual, beliau telah bercakap mengenai satu amalan meditasi Cina dikenali sebagai Falun Dafa atau Falun Gong, yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan mental dan fizikal.

Ibu saudara saya telah memberitahu, saya boleh mengamalkan latihan senaman ala qigong dalam Falun Dafa dan akan dapat memperbaiki tingkah laku dan peribadi dengan mengamalkan prinsip Sejati, Baik dan Sabar, dan penyakit kemurungan saya akan hilang. Katanya, Falun Dafa adalah satu amalan penanaman diri pada tahap tertinggi dalam ajaran Buddha. Ia adalah amalan tradisional masyarakat Cina yang telah diamalkan sejak zaman purbakala untuk mencari nilai di dalam diri.

Apabila mendengar penjelasannya, saya telah ketawa kerana saya tidak mempercayainya. Saya berfikir jika perubatan moden telah gagal mengubati saya, inikan pula perkara yang seperti ini. Saya melihat amalan Buddha lain melibatkan upacara ritual yang memerlukan seseorang mengeluarkan wang tetapi tidak memberi apa-apa kesan.

Pada fikiran saya, apa yang dikatakan ibu saudara saya itu, juga sama seperti akitiviti kepercayaan karut. Saya juga tidak mempunyai tanggapan yang baik kepada ibu saudara saya kerana ahli saudara yang lain mengatakan yang beliau seorang yang cerewet dan sangat sukar didekati.

Tetapi selepas seminggu beliau berada di rumah kami, saya mendapati sikapnya amat berlainan dari yang digambarkan. Beliau bersifat lembut dan bertimbangrasa serta sentiasa membantu dengan memikirkan orang lain. Tidak seperti yang dikatakan orang, saya berasa boleh meluahkan perasaan kepadanya. Dengan perasaan ingin tahu, saya bertanya mengapa ramai orang bercakap tentang perkara yang tidak baik mengenai dirinya.

Ibu saudara saya memberitahu, pada masa lampau, sememangnya beliau amat panas baran dan suka mencari masalah dengan orang lain, kerana beliau bekerja sebagai seorang broker yang berurusan dengan pinjaman berbunga tinggi. Tetapi selepas beliau mula mengamalkan latihan Falun Dafa, beliau telah berhenti dari pekerjaan tersebut. Menurutnya, pekerjaan itu tidak bersesuaian dengan prinsip Falun Dafa kerana beliau telah menyakitkan hati ramai orang dengan memaksa mereka menjadi muflis.

Melalui amalan Falun Dafa, ibu saudara saya telah mempelajari bagaimana untuk berasa belas kasihan apabila berada di dalam pertikaian dan persaingan, tanpa bertindak secara agresif terhadap seseorang yang lain.

Tingkah laku ibu saudara saya telah mengejutkan semua ahli keluarga saya termasuk dirinya sendiri. Selepas mengikuti latihan meditasi dengan mengikuti kelas dan ajarannya, semua penyakitnya seperti sinus, sakit di tengkuk dan penyakit tulang belakangnya telah hilang. Dengan sebab itu, ibu saudara saya telah mengesyorkan amalan ini kepada saya kerana ia telah memberi manfaat yang besar kepada dirinya. Saya berasa amat tersentuh apabila mendengar kisahnya.

Dari kesengsaraan kepada kebahagiaan

Dengan berasa tertarik dengan pengalaman yang dialami oleh ibu saudara, saya telah mengambil keputusan untuk membaca buku “Zhuan Falun” iaitu ajaran utama dalam Falun Dafa.

Pada mulanya, saya berasa keberatan untuk mempercayai yang penyakit mental saya boleh diubati, tetapi saya tetap mencuba untuk meneruskan amalan ini kerana saya tidak mahu mengecewakan ibu saudara saya. Saya tahu, tiada apa yang merugikan apabila membaca buku ini.

Pada mulanya, saya berasa keberatan untuk mempercayai yang penyakit mental saya boleh diubati, tetapi saya tetap mencuba untuk meneruskan amalan ini kerana saya tidak mahu mengecewakan ibu saudara saya. Saya tahu, tiada apa yang merugikan apabila membaca buku ini.

Membaca “Zhuan Falun”


Pada mulanya, saya tidak berapa memahami kandungan buku ini, tetapi lama-kelamaan saya menjadi begitu tertarik dengan prinsip penanaman diri. Buku ini menerangkan segala-galanya mengenai kehidupan dan alam semesta. Saya membacanya dari hari ke hari, sehingga perasaan ini berasa tenang, aman dan gembira. Tidak seperti diri saya sebelum ini. Kemudian pada satu malam, sesuatu yang menakjubkan telah berlaku. Saya tidak dapat tidur, jadi saya telah membaca “Zhuan Falun”. Tiba-tiba, otak saya merasai untuk ‘bangkit’ dan saya mempunyai perasaan segera untuk melakukan kerja rumah.

Perasaan ini datang tanpa diduga. Selama bertahun-tahun mengalami kemurungan, saya tidak berupaya untuk melakukan kerja rumah. Tetapi pada malam tersebut, saya telah bangun dan melakukan kerja rumah. Pada malam itu, saya telah menangis kegembiraan.

Nampaknya masalah kemurungan saya telah memulakan pergerakan untuk pergi. Sudah tiba masanya, saya menjadi seorang yang lain apabila telah dibebaskan dari penjara mental, fizikal dan spiritual. Apabila dapat hidup dalam keadaan yang sihat dan normal, ia telah membawa kegembiraan kepada jiwa ini. Saya mula menyukai, menghormati dan mempercayai diri sendiri serta mahukan kehidupan yang baik dan bermakna. Daripada berterusan memikirkan untuk mengakhiri hayat, saya membayangkan masa depan dengan fikiran yang baik, kasih sayang dan kebahagiaan, iaitu satu perkara yang dirasakan amat mustahil untuk saya capai sebelum ini.

Secara berterusan, saya mengamalkan latihan ini. Saya menyedari dengan menyerapkan prinsip Sejati, Baik dan Sabar seperti mana yang diterangkan dalam “Zhuan Falun”, ia menjadi kunci untuk menjadi insan yang baik. Untuk menjadi sihat secara dalaman dan luaran sehingga dapat mencapai sinaran kebahagiaan spiritual pada tahap tertinggi.

Nguyen Thi Hang mengamalkan “Falun Standing Stance”, latihan senaman kedua Falun Gong


Mempelajari dari kekurangan diri

Ada masanya, timbul sikap negatif seperti marah, cemburu dan tamak yang akan datang dan membawa kemurungan kepada diri saya, tetapi tidak sekuat dahulu. Apabila saya melihat dan mendalami ajaran Falun Dafa, saya menyedari kesilapan diri sendiri dan bangkit untuk memperbaikinya, dan kemurungan ini akan hilang dalam beberapa hari. Ini merupakan sebahagian dari proses penanaman diri dalam kehidupan setiap hari, yang mana telah memperbaiki dan menambah baik sifat diri dan tingkah laku apabila saya berhadapan dengan konflik dan kesusahan.

Pernah pada satu ketika, saya telah bertengkar dengan suami dan menjerit kepada anak saya. Saya berasa sangat malu apabila mengingati dan mengamalkan prinsip di dalam Falun Dafa. Marah itu datangnya dari bahagian gelap di dalam sifat seseorang dan sikap ini menjadi batu penghalang untuk mencari diri yang sebenar, iaitu sikap belas kasihan dan toleransi. Pada mulanya, saya tidak dapat mengenalpasti dan membuang puncanya, atau menunjukkan sifat kesabaran dan belas kasihan kepada suami dan anak-anak. Saya sering mementingkan diri sendiri.

Selepas bertengkar, kemurungan itu akan muncul dan menyeksa diri saya selama beberapa hari. Saya berasa seperti berada di dalam keadaan yang kaku dan membeku. Tetapi kemudian saya bertekad untuk membuang segala kemarahan dan emosi yang bersifat negatif. Dengan itu, saya akan menjadi tenang dan damai. Ia adalah satu pengalaman yang memberi kesan mendalam, dan peluang diberikan kepada saya untuk membuang segala tabiat buruk yang sudah lama berada di dalam diri.

Nguyen Thi Hang berlatih Falun Gong dalam posisi meditasi secara duduk


Saya berasa amat bersyukur kerana telah menemui Falun Dafa, yang telah membantu memulihkan kesihatan mental dan mendapat kembali diri sendiri yang sebenar, dari terus terperangkap dengan kepentingan diri sendiri dan kemarahan.

Falun Dafa juga telah memberi manfaat kepada tiga orang anak saya. Kesemua mereka berada dalam keadaan yang sihat secara fizikal dan mental. Kesemua anak saya berkelakuan baik dan menurut kata. Mereka juga mendengar ajaran di kelas dan melakukan latihan senaman bersama saya setiap hari. Keluarga kami kini berada dalam keadaan harmoni dan aman damai.

Nguyen Thi Hang, sebelum dan selepas pulih dari kemurungan melampau


Ramai yang tidak mempercayai bahawa saya adalah ibu kepada tiga orang anak. Mereka berkata, saya nampak terlalu muda. Saya tidak berbangga apabila mendengar pujian ini, sebaliknya saya berasa gembira dan amat bertuah dengan kesenangan yang saya perolehi dan diberikan peluang kedua untuk hidup.

Apabila saya memikirkan masa silam saya yang sentiasa kemurungan serta mahu menamatkan kehidupan, kini saya merasakan ia seperti mimpi yang sudah lama pergi dengan jauh.

Saya amat terhutang budi dan berterima kasih dengan sokongan serta dorongan ibu saudara yang memperkenalkan amalan yang sangat hebat ini. Penanaman sikap diri di dalam Falun Dafa telah memberi saya kesihatan yang baik dan kebahagiaan sebenar.

Falun Dafa bukan sahaja telah menyelamatkan nyawa saya tetapi ia juga telah memberi kebahagiaan spiritual secara menyeluruh, yang mana telah menunjukkan saya makna kehidupan, lalu telah membolehkan saya berasa bertanggungjawab kepada keluarga dan masyarakat.

Kredit imej: NTD

Wow! Banduan Wanita Diberi Peluang Bersolek dan Sertai Pertandingan Ratu Cantik


Jika disebut tentang penjara, kita biasanya akan membayangkan keadaan yang tegang dengan banduan yang sibuk membuat kerja-kerja yang telah ditugaskan kepada mereka. Namun, lain pula dengan penjara ini yang mengadakan acara yang luar biasa bagi meraikan penghuninya.

Baru-baru ini mStar melaporkan sebuah penjara di Rio de Janeiro, Brazil telah mengadakan Pertandingan Ratu Cantik Penjara untuk banduan perempuan di situ. Pada hari pertandingan tersebut, banduan wanita yang sedang menjalani hukuman penjara telah diberi peluang untuk bersolek dan berhias bagi menyertai pertandingan ratu cantik.



Lengkap dengan solekan serta rambut yang didandan, pertandingan ratu cantik ini telah disertai oleh 10 orang penghuni di pusat tahanan Talavera Bruce. Selain itu, mereka juga turut memakai kasut tumit tinggi dan melakukan catwalk sama seperti pertandingan ratu cantik biasa. Bukan itu sahaja, mereka juga diadili berdasarkan gaya berjalan dan penampilan mereka.


Banduan perempuan yang menjadi peserta telah berentap sambil disaksikan oleh 440 penghuni yang lain dan ahli keluarga mereka yang dijemput bagi memeriahkan lagi acara. Acara itu ternyata lebih meriah dengan kehadiran, sorakan dan sokongan yang diberikan oleh mereka meskipun tetap dikawal ketat bagi memastikan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.


New York Post melaporkan pertandingan ini diadakan bagi meningkatkan tahap keyakinan banduan wanita di dalam pusat tahanan tersebut, mengelakkan daripada menjadi malas dan menggalakkan kerjasama antara banduan di dalam penjara.

Selain itu, melalui pertandingan ini, peserta diberi peluang untuk bertemu dengan ahli keluarga masing-masing yang jarang mereka temui.




Michelle Rangel, 28, merupakan banduan yang telah memenangi pertandingan ratu cantik itu pada tahun lepas. Menurutnya, dia berasa sangat teruja dan gembira setiap kali pertandingan ini berlangsung.

SEPANJANG ACARA INI, SAYA TAK RASA SEPERTI BERADA DI PENJARA.”

Dia yang dimasukkan ke pusat tahanan akibat mengedar dadah turut mengatakan berasa bebas walaupun acara itu hanya untuk satu hari. Pertandingan itu berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Mayana Rosa Alves sekaligus memberikannya gelaran Miss Talavera Bruce.


Bagus juga buat pertandingan seperti ini. Sekurang-kurangnya banduan dapatlah bergembira dan bertemu dengan keluarga mereka.